Translate

Monday, August 6, 2018

SPRM tahan pegawai kanan Syarikat Air Terengganu bantu kes salah guna kuasa

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGANU -Seorang pegawai kanan Syarikat Air Terengganu (Satu) ditahan reman selama enam hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan salah guna kuasa mengubahsuai salah sebuah premis syarikat pembekalan air tersebut menjadi rumah kediamannya.

Perintah reman berkenaan dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Roszita Md.Saad di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek yang berusia 58 tahun telah ditahan sepasukan penguat kuasa SPRM di pejabatnya semalam.

Beliau berkata, lelaki tersebut ditahan bagi membantu siasatan dakwaan dia menggunakan jawatannya untuk meluluskan projek mengubahsuai dan menaiktaraf bangunan Pusat Agihan Gong Badak, Kuala Nerus yang berjumlah RM380,000.

"Premis itu kemudiannya dijadikan sebagai rumah kediaman suspek," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.


Sumber SPRM tersebut memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment