Translate

Friday, August 31, 2018

160 ahli Waja Club berfutsal

RIADAH. Seramai 160 pemilik kereta Proton Waja dari seluruh negara memeriahkan kejohanan futsal anjuran Gabungan Kelab Pemilik Kereta Proton Waja (Waja Club) di gelanggang Sport Planet, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Presiden Waja Club, Adi Adzhar Razali memberitahu, kejohanan futsal kali ketujuh itu dianjurkan kelab tersebut bertujuan untuk memupuk budaya bersukan dan mengeratkan lagi hubungan antara ahli kelab tersebut.

“Pasukan Terengganu muncul juara dan membawa pulang pingat serta hadiah wang tunai RM600 selepas menewaskan saingan 19 pasukan lain yang turut mengambil bahagian,” katanya.

No comments:

Post a Comment