Translate

Thursday, August 30, 2018

80 guru Terengganu sertai program ExxonMobil

MENTOR. Seramai 80 guru sekolah rendah dan menengah dari seluruh Terengganu menghadiri program Latihan Guru Pembimbing Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) anjuran ExxonMobil Exploration and Production Malaysia (ExxonMobil) di Hotel Permai, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Pengurus Besar Hal Ehwal Kerajaan dan Awam ExxonMobil, Sukiman Mohamed berkata, program dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia itu bertujuan memantapkan lagi teknik pengajaran guru-guru dalam subjek berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

“Teknik pengajaran interaktif oleh guru pembimbing yang mahir itu kemudiannya disasar dapat menarik minat lebih ramai murid di sekolah masing-masing terhadap subjek STEM,” katanya.

No comments:

Post a Comment