Translate

Sunday, August 26, 2018

Mayat terakhir mangsa tragedi lemas Pantai Teluk Kalong ditemui

MOHD. AZLI ADLAN

KEMAMAN - Mayat ketiga dan terakhir kejadian lemas di Pantai Teluk Kalong kelmarin telah ditemui hari ini.

Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menjumpai mayat Khairul Ikmal Danial Zamzuradi, 19, pada pukul 9.45 pagi tadi.

"Mayat mangsa yang juga pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, Politeknik Kok Lanas, Kelantan ditemui timbul di permukaan air laut pada kedudukan 2.1 kilometer dari lokasi dia dan dua mangsa lain dilaporkan hilang.

"Pengecaman telah dilakukan ahli keluarga sebelum mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan mayat rakan Khairul Ikmal iaitu Ahmad Daniel Firdaus Zubir, 19, telah ditemui terdampar di Pantai Teluk Kalong pada pukul 5.20 pagi tadi.

Sebelum ini, mayat seorang lagi mangsa, Shahrir Aqil yang juga atlet silat Terengganu telah dijumpai pada kedudukan 500 meter dari lokasi dia dan rakan-rakannya dilaporkan hilang pada pukul 4.30 pagi semalam.


Ketiga-tiga mangsa dan empat lagi rakan yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2  mengadakan program perjumpaan di Pantai Teluk Kalong kelmarin sempena cuti perayaan Hari Raya Aidiladha. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment