Translate

Wednesday, August 15, 2018

Pondok Moden Maidam Besut ditutup empat hari berikutan penularan virus beguk

BESUT - Pondok Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di Kampung Padang Landak, Jertih di sini terpaksa ditutup selama empat hari bermula esok berikutan penularan penyakit beguk melibatkan pelajar sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Jusoh Mat berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas lebih 20 pelajar lelaki sekolah agama berkonsep madrasah moden kelolaan kerajaan negeri Terengganu itu disahkan dijangkiti virus beguk dalam tempoh seminggu.

"Kesemua 450 pelajar termasuk 150 pelajar perempuan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi langkah pencegahan penularan penyakit beguk terbabit. Langkah ini diambil selepas mendapat syor daripada Pejabat Kesihatan Daerah Besut.

"Siasatan awal mendapati penyakit ini berpunca daripada seorang pelajar lelaki dijangkiti virus itu selepas melawat bapa saudaranya yang menghidap beguk di Kota Bahru, Kelantan pada hujung bulan lalu," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Jusoh berkata, virus beguk tersebut kemudiannya merebak dalam kalangan pelajar lelaki yang tinggal di asrama sekolah dipercayai kerana pengkongsian gelas minuman.

Menurut beliau, penyakit beguk itu hanya disedari selepas lebih 20 pelajar lelaki sekolah agama itu mengalami keperitan pada bahagian lidah sebelum kelenjar parotid mereka membengkak sejak seminggu lalu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment