Translate

Thursday, August 9, 2018

Didenda akibat gagal urus 
pakej umrah

KEMAMAN – Syarikat Madain Al-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd. dan pe­ngarah syarikatnya dijatuhi hukuman RM18,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas 12 pertuduhan tidak mematuhi arahan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berhubung pembayaran ganti rugi gagal menguruskan pakej umrah tahun lalu.

Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy memerintahkan demikian selepas Alias Sulaiman mengaku bersalah terhadap 12 pertuduhan berjumlah keseluruhan RM30,900 tersebut selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah mengarahkan Alias sebagai pengarah syarikat dijatuhkan hukuman denda RM9,000 atau penjara 18 bulan jika tidak membayar denda manakala Madain Al-Taqwa Travel & Tours pula juga didenda RM9,000 atas kesalahan sama.

Alias gagal membayar denda tersebut dan dihantar ke Penjara Marang untuk menjalani hukuman penjara.

Sementara itu, Alias mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas 42 pertuduhan lain berhubung dakwaan ke­salahan sama yang melibatkan kerugian keseluruhan RM116,760.

Kes akan dibicarakan pada 10 September depan.

No comments:

Post a Comment