MOHD. AZLI ADLAN
HULU TERENGGANU - Perbuatan seorang lelaki sering berburu haram di Tasik Kenyir dekat sini terbongkar dengan penemuan senapang buatan sendiri miliknya oleh polis di Kampung Dusun, Kuala Berang di sini baru-baru ini.
Senapang buatan sendiri yang dipercayai dihadiahkan oleh rakan suspek seorang lelaki warga Thailand tersebut dijumpai sepasukan polis yang memeriksa kereta Perodua Kancil milik suspek pada pukul 6 petang, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Ali Mat Daud berkata, sebelum itu, sepasukan polis yang meronda dengan menggunakan kenderaan peronda telah terserempak dengan kereta Perodua Kancil terbabit yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.
"Suspek yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Dura telah diarahkan memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk pemeriksaan. Pemeriksaan di dalam but kereta itu kemudiannya menemui selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri yang tersimpan di dalam kain sarung berwarga hijau.
"Polis turut menemui sembilan peluru tabur masing-masing lima berwarna ungu dan empat berwarna hijau sewaktu pemeriksaan tersebut. katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment