Translate

Thursday, August 9, 2018

Bapa maut, kenderaan Mitsubishi Pajero dipandu dihempap pokok

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Hasrat seorang bapa untuk menjemput anaknya balik dari sekolah berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Pajero dihempap sebatang pokok di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Kampung Sungai Ikan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.15 petang, Razak Hussein, 48, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd. Rafar berkata, sewaktu kejadian, Razak difahamkan dalam perjalanan untuk mengambil anak lelaki yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh di sini.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Pajero dipandu mangsa sendirian yang berasal dari Kampung Gemuruh di sini dihempap sebatang pokok.


"Kejadian berlaku pada waktu hujan lebat dan angin kencang," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment