Translate

Friday, August 24, 2018

Pengarah KDNKA dilantik sebagai Ketua Pengarah AADK baharu

KUALA NERUS – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang baharu.

Menurut beliau, pelantikan Zulkifli bagi menggantikan Datuk Dr. Abd. Halim Mohd. Hussin yang bersara berkuat kuasa semalam.
“Perpindahan pegawai Polis Diraja Malaysia ke AADK bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini beberapa pengarah PDRM lain pernah  menyandang jawatan Ke­tua Pengarah AADK.

“Arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan dan jawatan itu (Ketua Pengarah AADK) memang jawatan terbuka,” kata beliau selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis dan Persatuan Pegawai Rendah PDRM di sini semalam.
Mohamad Fuzi berkata demikian­ me­ngulas pertukaran Zulkifli ke AADK menerusi sepucuk surat dalaman yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa kelmarin.

Zulkifli dilantik sebagai Pengarah KDNKA pada 4 Julai 2017 dan pernah memegang beberapa jawatan lain dalam PDRM termasuk sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan dan  Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.

No comments:

Post a Comment