Translate

Friday, August 31, 2018

Meilleur Inspired produk haruman jenama khas mampu milik

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Meilleur Inspired optimis terhadap inisiatifnya yang menceburi segmen minyak wangi yang diinspirasikan daripada jenama khas (niche) bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelangan.

Pengasasnya, Nik Ahmad Shafiuddin Nik Abdul Razak berkata, ini kerana pasaran tersebut masih belum diteroka sepenuh­nya oleh usahawan di negara ini sehinggakan masih tiada pengedar.

“Segmen tersebut terdiri daripada minyak wangi khas yang memiliki edisi terhad dan terlalu sedikit maklumat berhubung produk berkenaan dalam kalangan peminat haruman di Malaysia,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Nik Ahmad Shafiuddin menjelaskan, minyak wangi jenama khas yang biasanya hanya dijual di Eropah dijual pada harga serendah RM800 sebotol dan kualiti dan keunikan baunya yang tersendiri.

“Sehubungan itu, bagi fasa pengenalan kepada masyarakat dan memenuhi keperluan peminat haruman, kami mengambil inisiatif menghasilkan tujuh jenis minyak wangi yang diinspirasi daripada jenama khas untuk pengguna lelaki dan wanita di bawah label Le’ Meilleur Fragrances.

Tambah beliau, pati minyak wangi yang diinspirasi daripada jenama khas dihasilkan di Perancis sebelum diadun di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Bau dan rasanya menepati sehingga 99 peratus jenama asal dan ia tahan sehingga lapan jam,” katanya.

Nik Ahmad Shafiuddin berkata, minyak wangi inspirasi jenama khas di bawah label Le’ Meilleur Fragrances pada kuantiti 50 mililiter sebotol di jual pada harga antara RM125 dan RM160.

Mereka yang berminat untuk membeli produk secara online atau berminat untuk menjadi pengedar, boleh menghubungi di talian 013-360 9890.

No comments:

Post a Comment