Translate

Wednesday, August 2, 2017

T-Team kejutkan Negeri Sembilan 4-1

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - T-Team membelasah Negeri Sembilan 4-1 pada aksi kelima Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.
Kemenangan itu menghidupkan semula harapan tipis pasukan berstatus kelab tersebut untuk melangkah ke peringkat suku akhir pertandingan terprestij tersebut.
Pemain tengah, Mohd. Asrol Ibrahim meledak gol pertama tuan rumah selepas menyambut hantaran Mohd. Nor Hakim Hassan pada minit ke-24.
Sepakan percuma pemain tengah, Muhammad Fakhrurazi Musa pada minit ke-40 pula bijak dimanfaatkan Wan Ahmad Amirzafran bagi gol kedua T-Team.
Gawang Negeri Sembilan yang dikawal Mohd. Nasriq Baharom bocor lagi buat kali ketiga menerusi sepakan percuma tuan rumah yang disempurnakan pemain import, Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-49.
Mohd. Nor Hakim melengkapkan pesta gol T-Team selepas meledak gol keempat pada minit ke-80.
Negeri Sembilan pula memperolehi gol saguhati menerusi pemain tengah, Muhammad Nizam Mohd. Ruslan pada minit ke-78.
Terdahulu, pasukan pelawat mensia-siakan tendangan penalti yang diperolehi selepas Muhammad Nizam dijatuhkan dalam perebutan bola di kubu T-Team pada minit ke-32.
Penjaga gol tuan rumah, Mohd. Hafidz Romly bertindak cemerlang menyelamatkan tendangan penalti berkenaan yang diambil Mohamad Izzudin Zainuddin. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment