Translate

Wednesday, August 2, 2017

Pengusaha katering beli telefon bimbit guna kad kredit orang lain dipenjara empat tahun, tiga sebatan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN


KUALA TERENGGANU - Gara-gara menggunakan kad kredit milik orang lain pada empat tahun lalu, seorang pengusaha katering dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Abdul Hayyi Salim memerintahkan hukuman demikian terhadap Ahmad Saifudin Abdullah, 44, selepas pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Nor Randeran berjaya membuktikan kes prima facie.
Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Saifudin didakwa menyalahguna kad kredit Visa Gold milik Tong Kwang Yong, 44, dengan membeli sebuah telefon bimbit berharga RM2,028 di sebuah kedai telekomunikasi di sebuah pasar raya besar di Jalan Hiliran di sini pada pukul 12 tengah hari, 24 April 2013.
Ahmad Saifudin didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment