Translate

Tuesday, August 1, 2017

Pengasuh dera bayi dihukum penjara lima tahun

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KEMAMAN - Seorang pengasuh wanita dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mendera seorang bayi perempuan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerosakan mata kiri dan sawan pada tahun lalu.
Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdi memerintahkan demikian selepas Asmayuzi Ismail @ Abdul Wahab, 33, mengekalkan pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Berdasar pertuduhan, Asmayuzi didakwa menganiayai Wan Shifa Amani Wan Mohd. Farid sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada bayi tersebut yang ketika itu berusia tujuh bulan.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumahnya di Taman Wan Adnan, Kerteh dekat sini antara pukul 7.30 pagi dan 10.12 pagi, 27 April 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 dan penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment