Translate

Monday, February 21, 2022

Tasik Kenyir jadi Taman Geo akhir tahun ini

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tasik Kenyir yang merupakan antara tarikan pelancongan terkenal di Hulu Terengganu akan dijenamakan sebagai Taman Geo menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, penjenamaan Tasik Kenyir sebagai Taman Geo bertujuan meningkatkan lagi nilai pelancongan dan ekonomi tasik buatan terbesar di Asia Terengganu berkenaan.

“Taman Geo Tasik Kenyir bakal menjadi aset penting buat Terengganu dalam meningkatkan sektor pelancongan tanpa mengabaikan kelestarian alam semulajadi.

“Kertas cadangan taman geo ini akan diserahkan kepada Jawatankuasa Geopark Kebangsaan (JGK) pada masa terdekat dan kita optimis ia boleh direalisasikan pada akhir tahun ini,” katanya selepas menghadiri Bengkel Pemurnian Dossier Geopark Tasik Kenyir di sini hari ini.

Tun Ahmad Faisal berkata, Pejabat Daerah Hulu Terengganu (PDHT) telah dipilih untuk mengetuai perancangan Taman Geo Tasik Kenyir itu dengan UPEN Terengganu berfungsi sebagai penyelaras.

“Sebenarnya cadangan untuk menjenamakan Tasik Kenyir sebagai Taman Geo ini telah timbul sejak tahun 2015 namun ia hanya direalisasikan tahun ini dengan persetujuaan kerajaan negeri Terengganu.

“Penjenamaan semula sebagai Taman Geo tersebut dijamin tidak akan menjejaskan pemain industri sedia ada seperti pengusaha rumah bot, bot laju, rumah rakit dan kedai bebas cukai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment