Translate

Sunday, February 13, 2022

Bunyi alat penggera gagalkan cubaan rompak mesin ATM

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga asing berjaya ditahan selepas 15 jam dia disyaki cuba memecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Chendering di sini semalam.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan di Chahang Tiga di sini iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 6.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, sebelum itu lelaki tersebut dipercayai telah memecah bank terbabit pada pukul 3.30 pagi.

“Begitupun, hasrat suspek cuba melarikan wang di dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) itu terbantut selepas terkejut mendengar alat penggera berbunyi.

“Dia kemudiannya melarikan diri tanpa mengambil apa-apa wang tunai di dalam mesin ATM berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Marzukhi berkata, identiti suspek berjaya dikenal pasti menerusi imej dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) bank tersebut.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalan mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan dan Seksyen 456 akta sama,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment