Translate

Tuesday, February 8, 2022

Pantai Terengganu dijadikan transit pengedaran dadah

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesan taktik baharu sindiket menggunakan jalan laut di negeri ini sebagai transit bagi pengedaran dadah di negara ini.

Modus operandi baharu itu terbongkar berikutan penemuan sebuah guni sudah berkeritip mengandungi 18.7 kilogram dadah disyaki jenis syabu di Pantai Rhu Kubur, Jambu Bongkok yang terletak berhampiran sempadan daerah Marang dan Dungun pada Ahad lalu.

Ketulan syabu bernilai keseluruhan RM674,244 tersebut disorok di dalam 17 bungkusan teh Cina yang dilabel dengan tulisan tangan perkataan Cina bermaksud ‘lancar’.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kegiatan pengedaran dadah menerusi jalan laut itu terbongkar selepas seorang penduduk tempatan terserempak dengan tiga individu mencurigakan sedang mengangkat barang di kawasan pantai tersebut pada pukul 8 malam, hari tersebut.

Beliau berkata, tiga suspek berkenaan bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penduduk kampung sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Berdasarkan kayu penanda yang ditemui di kawasan pantai itu, kita percaya kawasan pantai tersebut dijadikan lokasi transit pendaratan dadah oleh sindiket berkenaan.

“Kita percaya guni mengandungi dadah jenis syabu dihanyutkan ke arah dengan menggunakan pelampung oleh bot asing yang didakwa penduduk kelihatan di perairan pantai itu beberapa hari sebelum itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment