Translate

Sunday, February 6, 2022

Kabinet sudah muktamad tarif baharu elektrik

Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Kerajaan telah memuktamadkan tarif elektrik yang baharu bagi tempoh tahun 2022 sehingga 2024.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ketetapan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Beliau berkata, tarif elektrik baharu untuk pengguna domestik, komersial dan industri tersebut akan diumumkan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (SKM) tidak lama lagi.

“Saya telah berbincang di Kabinet (berhubung tarif baharu elektrik) sebanyak enam kali.

“Alhamdulillah semalam, kita telah muktamadkan. Saya memberi jaminan tarif elektrik baharu ini tidak akan membebankan rakyat,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian projek Solar Berskala Besar 29.99 MWac di Santong di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Takiyuddin memberitahu, pelaksanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tempoh Regulatori Ketiga (RP3) yang ditangguhkan sebelum ini akan mula dikuatkuasakan pada 1 Februari ini.

Sebelum ini pada 31 Disember tahun lalu, penangguhan IBR terbabit telah menyaksikan kadar purata tarif asas elektrik kekal pada 39.45 sen/kWj di Semenanjung Malaysia dikekalkan.- K! ONLINE

No comments:

Post a Comment