Translate

Monday, February 7, 2022

Semalam bernikah, hari ini terima Anugerah Pelajaran Diraja

 


Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Seorang pengantin baharu yang melangsungkan perkahwinan semalam menerima hadiah berganda apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

Noor Syafiqah Azim Mohd. Zainurin, 26, yang merupakan graduan Sarjana Muda Informatik dan Komputeran menerima anugerah itu selepas cemerlang menamatkan pengajiannya dengan Purata Nilai Gred Kumulaitif 3.85.

Tambah menggembirakan beliau, suaminya, Izran Iskandar Rosli, 26, juga rakan sekuliahnya turut bakal menerima skrol ijazah sama pada lusa.

“Alhamdulillah saya dan suami, Izran Iskandar selamat diijabkabulkan seterusnya majlis resepsi di Semenyih, Selangor pada semalam.

“Selesai majlis, kami bergegas ke majlis konvokesyen sambil ditemani keluarga dan baru tiba pukul 6 pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Noor Syafiqah Azim berkata, beliau dan suami tidak menyangka tarikh pernikahan dan majlis konvokesyen mereka selang sehari kerana hanya dimaklumkan UniSZA pada hujung bulan lalu.

Tambah pencipta kandungan sebuah syarikat konglomerat media itu, beliau dan suami juga telah beberapa menangguhkan upacara pernikahan sebelum mementeraikannya pada semalam.

“Oleh kerana terlalu sibuk menguruskan perkahwinan, saya hanya menyarung baju bertunang pada majlis konvokesyen ini.

“Walaupun sedikit kalut dan agak kepenatan, saya gembira kerana inilah detik paling membahagiakan dalam hidup saya,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment