Translate

Sunday, February 13, 2022

Jemaah umrah dinasihat patuhi peraturan Arab Saudi

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad menasihatkan semua jemaah umrah negara ini patuh dengan semua peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata, ia termasuk peraturan terbaharu menetapkan mereka mengemukakan ujian pantas antigen (PCR) yang perlu diambil dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas ke tanah suci.

“Kita pergi tempat orang, kita kena ikut (peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi).

“Begitupun, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada ditetapkan kerajaan (Malaysia) kepada jemaah umrah sebelum ini masih berkuat kuasa dan perlu dipatuhi,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan majlis Multaqa Murabbi Ummah peringkat Terengganu di Masjid Seberang Takir di sini hari ini.

Idris berkata, syarat lengkap vaksinasi dos penggalak masih diwajibkan dalam kalangan jemaah umrah dari Malaysia dan menjalani kuarantin di rumah sebaik pulang ke tanah air.

Sebelum ini, Agensi Berita Kuwait (KUNA) melaporkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan jemaah luar yang tiba di negara itu untuk menunaikan umrah tidak perlu lagi mengemukakan bukti status vaksinasi Covid-19. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment