Translate

Tuesday, February 8, 2022

Konvokesyen UniSZA ke-12 Ahad ini

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan melaksanakan majlis konvokesyen kali ke-12 secara bersemuka selama lima hari bermula Ahad ini.

Pemangku Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fazli Adam berkata, konvokesyen tersebut melibatkan 3,345 graduan yang menamatkan pengajian pada tahun 2020.

“Majlis Idul Ilmi Konvokesyen secara bersemuka ini akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditetapkan.

“Ia akan dilakukan sebanyak sepuluh sidang di Dewan Al Muktafi Billah Shah, kampus UniSZA Gong Badak di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fazli berkata, serentak dengan majlis konvokesyen itu, UniSZA akan menganjurkan Festival Maya yang diadakan menerusi platform Facebook dan YouTube.

Beliau berkata, antara acara dianjurkan ialah pertandingan membaca berita, penulisan khat, mewarna, fotografi, e-sukan dan tarannum al-Quran. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment