Translate

Monday, February 7, 2022

Plus, TnG diarah perinci kos RFID

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) berharga RM35 yang dianggap membebankan pengguna.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, syarikat terlibat iaitu PLUS Expressways Berhad dan Touch ‘n Go Sdn. Bhd. telah diarahkan memberi maklumat perincian kos sebenar pembangunan RFID berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan perincian tersebut, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Kewangan (MOF) akan melakukan penilaian berhubung caj yang wajar dikenakan terhadap pemasangan pelekat RFID berkenaan.

“Apa justifikasi caj RM35 yang dikenakan (terhadap sekeping pelekat RFID).

“Kalau tidak, kita akan memastikan sama ada (caj) dikurangkan atau kos munasabah yang boleh dikenakan kepada pengguna,” katanya selepas meninjau projek Jalan Pintasan Kuala Terengganu di sini hari ini.

Fadillah berkata, sebelum ini, Kabinet telah memutuskan agar pengguna diberi lebih pilihan alternatif selain penggunaan RFID bagi pembayaran tol di lebuh raya.

Beliau berkata, syarikat konsesi, Plus Expressways juga memberi jaminan akan menambah balik lorong Touch ‘n Go dan Smart Tag di semua plaza tol terlibat pada masa terdekat.

Pelaksanaan RFID oleh PLUS meliputi Plaza Tol Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor bermula 15 Januari lalu menimbulkan banyak rungutan pengguna. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment