Translate

Tuesday, March 13, 2018

UniSZA sasar terima RM1.5 juta wang zakat untuk bantuan pelajar

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyasar untuk menerima sumbangan zakat berjumlah RM1.5 juta daripada pelbagai pihak termasuk syarikat korporat pada tahun ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, kesemua sumbangan zakat terbabit akan disalurkan dalam bentuk bantuan kepada pelajar universiti tersebut yang layak.

Beliau berkata, berdasarkan saringan yang dilakukan, seramai 750 pelajar UniSZA layak untuk menerima bantuan zakat dalam kategori asnab fisabilillah pada sesi akademik 2017/2018.

"Mereka layak menerima agihan wang zakat yang bakal diterima terbabit seperti bantuan yuran, biasiswa wakaf dan sara hidup bulanan.

"Sebelum ini, UniSZA telah menerima sumbangan zakat sebanyak kira-kira RM1 juta pada tahun lalu dan ia telah diagihkan untuk manfaat 812 pelajar," katanya selepas merasmikan majlis penghargaan penyumbang zakat UniSZA 2017 di sini hari ini.


Turut hadir Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Wan Ismail Suhaimi Wan Omar. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment