Translate

Sunday, March 4, 2018

Dua sarjan polis disyaki meminta dan menerima rasuah ditahan SPRM

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Dua anggota polis berpangkat sarjan ditahan reman enam hari sehingga 6 Mac depan bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada waris seorang tertuduh kes jenayah pada Ahad lalu.

Perintah reman itu dibenarkan terhadap kedua-dua suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut  oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Noradila Abd. Latif pada hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata,  suspek pertama yang berusia 57 tahun disyaki meminta suapan sebanyak RM1,500 daripada seorang wanita di perkarangan Mahkamah Majistret Besut pada 22 Februari lalu.

Beliau berkata,  perbuatan itu dipercayai dorongan untuk melepaskan anak wanita tersebut daripada menghadapi pertuduhan kes menghalang tugas penjawat awam di mahkamah terbabit pada hari berkenaan.

"Dia ditahan anggota penguat kuasa SPRM selepas dipercayai menerima suapan sebanyak RM800 daripada wanita sama di perkarangan Mahkamah Majistret Besut pada pukul 11.20 pagi semalam.


"Suspek kedua berusia 54 tahun yang juga berpangkat sarjan pula ditahan ketika bertugas di IPD Besut pada pukul 2.20 petang semalam kerana dipercayai bersubahat dengan suspek pertama," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment