Translate

Wednesday, March 14, 2018

Felcra sasar tingkat pengeluaran RM10 juta bagi setiap hektar dalam tempoh lima tahun

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Felcra Berhad (Felcra) yang merupakan agensi penyatuan dan pemulihan tanah persekutuan berhasrat untuk memaksimumkan pengeluaran hasil tanaman di 97,280 hektar tanah milik pesertanya di seluruh negara.

Pengerusi Felcra, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, agensi itu sedang melakukan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pengeluaran tanah pesertanya kepada RM10 juta bagi setiap hektar dalam tempoh lima tahun.

"Kita hendak melakukan transformasi minda dan teknologi dalam kalangan peserta Felcra. R&D bagi membolehkan sehektar tanah di negara ini boleh memberi pulangan sehingga RM10 juta telah dimulakan.

"Ia tidak mustahil kerana berjaya dibuat di Taiwan, Jepun dan Korea Selatan sebelum ini," katanya selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Zulkarnain Md. Eusope.

Pada majlis sama, Felcra turut melunaskan pembayaran dividen sebanyak RM1.3 juta kepada 5,998 peserta di Terengganu. - K! ONLINE


No comments:

Post a Comment