Translate

Thursday, March 29, 2018

Polis rakam keterangan pengadu

Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN

SEREMBAN – Polis Nege­ri Sembilan selesai mera­kamkan percakapan seorang pengadu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang penceramah bebas po­pular di negeri itu yang dikatakan mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.
Ketua Polis negeri,  Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya kini dalam proses mendapatkan keterangan daripada semua pihak lain yang terlibat dan ia dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat.

“Kita telah mengambil ketera­ngan seorang pengadu lelaki. Kita juga akan mendapatkan ke­terangan daripada semua pihak untuk melengkapkan siasatan.

“Selain itu, kita juga mengumpulkan semua bukti dan dokumen berkaitan untuk kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat isteri orang,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, penceramah bebas, Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syam­sul Amri Ismail, 41, menafikan beliau pernah mengganggu isteri orang seperti yang didakwa seorang pengadu dalam satu laporan polis baru-baru ini.

Akhbar ini kelmarin turut melaporkan polis Negeri Sembilan mengesahkan penceramah bebas itu disiasat atas dakwaan mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.
Sementara itu, di Kuala Nerus, Terengganu kelmarin, Syamsul Debat kelihatan tenang ketika menjayakan Program Ne­geriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin anjuran Kerajaan Negeri Terengganu walaupun sedang dilanda kontroversi.

Beliau juga dilihat tetap fokus ketika menyampaikan ceramah kepada kira-kira 2,000 hadirin termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.

No comments:

Post a Comment