Translate

Friday, March 30, 2018

ExxonMobil sampai anugerah STEM kepada pelajar cemerlang SPM

KUALA TERENGGANU – Seramai 36 pelajar Terengganu yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017 menerima anugerah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) daripada syarikat cari gali minyak antarabangsa, ExxonMobil kelmarin.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Sukiman Mohamed berkata, kesemua pelajar terbabit cemerlang dalam subjek-subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.

“Kesemua penerima merupakan pelajar sekolah harian,” katanya.
Kesemua pelajar terbabit menerima wang tunai RM1,500 dan sijil penghargaan.

No comments:

Post a Comment