Translate

Monday, March 26, 2018

Dua anggota polis disyaki menerima rasuah ditahan SPRM

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Dua anggota polis berpangkat Koperal dari sebuah balai polis di daerah Besut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menerima rasuah RM200 pada minggu lalu.

Sumber SPRM berkata, suapan dalam dua transaksi tersebut dipercayai bertujuan untuk melepaskan seorang suspek kes dadah yang gagal dalam ujian urin daripada tindakan undang-undang.

"Suspek pertama yang merupakan anggota polis berpangkat Koperal di tahan di perkarangan Hospital Besut pada pukul 4.45 petang semalam.


"Penahanan suspek pertama kemudiannya membawa kepada penangkapan suspek kedua yang juga rakan setugas berpangkat Koperal tidak lama kemudian," katanya kepada Kosmo! di sini  hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment