Translate

Saturday, March 31, 2018

Tiga wanita antara 86 individu diberkas terlibat dadah

HULU TERENGGANU – Seramai 86 individu disyaki penagih dan pengedar dadah ditahan dalam Operasi Tapis Bersepadu/Perdana yang dijalankan di sekitar daerah ini dan Setiu semalam.

Kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun itu ditahan pasukan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu de­ngan kerjasama Polis Diraja Malaysia dalam operasi selama 12 jam bermula pukul 12 tengah malam itu.

Penolong Pengarah Ka­nan (Penguatkuasaan dan Kese­lamatan) AADK Terengganu, Wan Jalani Wan Ismail berkata, operasi bersepadu itu bertujuan untuk membanteras gejala pe­nyalahgunaan dadah di kawasan tanah rancangan Felda dan pendalaman di kedua-dua daerah ber­kenaan.

“Seorang suspek lelaki berusia 21 tahun yang dipercayai pengedar dadah turut ditahan bersama 100 biji pil kuda di sebuah rumah di Kampung Bukit Apit, Ajil.

“Sewaktu serbuan dilakukan, suspek sedang membungkus pil kuda terbabit di dalam salah sebuah bilik di rumah itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di sini semalam.

No comments:

Post a Comment