Translate

Thursday, March 29, 2018

Kosmo! terima tiga anugerah pada Malam Anugerah Kewartawanan UniSZA

KUALA TERENGGANU - Akhbar Kosmo! meraih tiga anugerah pada Malam Anugerah Kewartawanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) keempat malam tadi.

Tambah manis, dua daripada empat kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Penulisan Berita Terbaik (Bahasa Melayu) diungguli oleh Kosmo!.

Berita bertajuk Hasrat Ubati penyakit Bapa Jadi Perangsang Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA oleh Penolong Ketua Biro Kosmo! Terengganu, Mohd. Azli Adlan dipilih sebagai pemenang Anugerah Penulisan Berita Terbaik (Bahasa Melayu) kategori Pendidikan.

Wartawan sambilan Kosmo!, Aimuni Tuan Lah pula dinobat sebagai pemenang anugerah sama bagi kategori Komuniti menerusi berita UniSZA Dampingi Masyarakat Orang Asli Negeri Pantai Timur.

Mohd. Azli dan Aimuni masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500.

Wartawan sambilan Kosmo! Kamarudin Hamzah  menerima anugerah khas sebagai menghargai sumbangan beliau yang dedikasi membuat liputan program dan aktiviti UniSZA di kampus Tembila, Besut sekali gus meraih hadiah wang tunai RM300.

Utusan Malaysia pula berjaya menggondol anugerah Penulisan Berita Terbaik (Bahasa Malaysia) bagi kategori Penyelidikan menerusi laporan Mesin Basuh Patuhi Syariah oleh Laupa Junus manakala jurugambar, Djohan Shahrin Shah Sabli memenangi anugerah Foto Berita Terbaik kategori Komuniti.

Hadiah disampaikan Ahli Lembaga Pengarah Universiti UniSZA, Datuk Ismail Wan Yusoh dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment