UKHUWAH. Seramai 80 ahli kimia dan keluarga memeriahkan majlis Apresiasi Institut Kimia Malaysia (IKM) cawangan Terengganu di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Pengerusi IKM Terengganu, Li Hui Ling berkata, majlis tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli kimia yang menganggotai IKM selain menghargai sumbangan mereka sepanjang tahun lalu.
“Kebanyakan ahli IKM Terengganu terdiri daripada kakitangan Jabatan Kimia Malaysia, pensyarah, pegawai sains Universiti Malaysia Terengganu, ahli kimia Makmal Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu dan syarikat swasta,” katanya.
No comments:
Post a Comment