Translate

Wednesday, March 14, 2018

EPIC bekerjasama dengan CMC Engineering dan T7 Global jalin kerjasama teroka peluang ECRL

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menjalin kerjasama dengan CMC Engineering Sdn. Bhd. (CMC Engineering) dan T7 Global Berhad (T7 Global) berhubung penerokaan peluang perniagaan dalam projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Pengerusi EPIC, Datuk Tengku Mahamad Tengku Mahamut berkata, kerjasama tersebut membabitkan perkongsian teknologi dan kepakaran ketiga-tiga syarikat untuk memainkan peranan sebagai pemain industri dalam pembangunan projek ECRL.

"Fokus utama ialah memanfaatkan limpahan ekonomi yang tercetus menerusi projek ECRL bagi membangunkan lagi ekonomi Terengganu. EPIC bertuah dan bakal menerima faedah besar menerusi dengan CMC Engineering dan T7 Global ini yang merupakan syarikat mampan dan berpengalaman luas.

"Ketiga-tiga syarikat akan berganding bahu untuk memperoleh peluang dalam projek ECRL tersebut terutama dalam sektor pembinaan dan pengoperasian sistem keretapi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerajasama dalam projek pembangunan ECRL antara EPIC, CMC Engineering dan T7 Global di Wisma Darul Iman di sini hari ini.


Majlis menandatangani MoU yang disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman itu melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor, Pengerusi Eksekutif T7 Global, Datuk Seri Nik Norzrul Thani dan Ketua Pegawai Eksekutif CMC Engineering, Hazwan Alif Abdul Rahman. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment