Translate

Friday, March 9, 2018

Peluang untuk nilai prestasi BN

Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan NORLIDA AKMAR IDROS

KUALA NERUS – Ekspo Terengganu selama seminggu yang berakhir semalam mencapai matlamatnya dengan keha­diran lebih 500,000 pengunjung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau teruja dengan sambutan luar biasa yang diberikan terhadap penganjuran eks­po yang julung kali diadakan oleh kerajaan negeri Terengganu itu.

Beliau berkata, sekurang-kurang­nya 45 peratus daripada 1.25 juta rakyat Terengganu telah berkunjung ke tapak ekspo yang diadakan di pekarangan Kompleks Sukan Ne­geri, Gong Badak di sini.

“Setiap kali kita mengadakan eks­po seperti ini, kayu pengukur­nya ialah bilangan hadirin, pengisian dan kemampuannya untuk memberi inspirasi kepada pengunjung.

“Berdasarkan pemerhatian saya pada Ekspo Terengganu ini, saya boleh bagi markah tinggi kepada kerajaan negeri,” katanya ketika merasmikan majlis penutup ekspo itu semalam.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.

Najib berkata, beliau bangga kerana kandungan pameran pada ekspo terbabit secara jelas dapat me­nerangkan pencapaian, perancangan masa depan dan hala tuju kerajaan negeri Terengganu.

Menurut beliau, ia memberi pe­luang kepada rakyat negeri tersebut untuk melakukan penilaian sewajarnya terhadap prestasi kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

No comments:

Post a Comment