Translate

Sunday, March 25, 2018

Rebut peluang cari pendapatan sampingan dengan platform kreatifmarket.my

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Rakyat negara ini terutama peminat seni fotografi digalak untuk menyumbang gambar-gambar menarik ke laman web, kreatifmarket.my dibangunkan MyNIC yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, laman web dibangunkan MyNIC yang merupakan agensi penyediaan domain laman web nasional tersebut merupakan platform pengkomersialan karya seni fotografi tempatan pertama di negara ini.

"Pembangunan platform kreatifmarket.my ini merupakan pendekatan serampang dua mata. Ia bertujuan memperbanyakkan lagi kandungan genre fotografi stok bercirikan tempatan.

"Selain itu, platform ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk memperolehi pendapatan sampingan kerana setiap gambar terpilih layak menerima insentif," katanya selepas melancarkan platform Kreatifmarket.my di Dewan Sivik Ajil di sini hari ini.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MyNIC Berhad, Datuk Hasnul Fadhly Hasan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment