Translate

Thursday, November 1, 2018

MSN Kelantan mahu belajar daripada Terengganu

KERAJAAN negeri Kelantan mahu mengikut jejak langkah Terengganu yang muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Ipoh, Perak baru-baru ini bagi memperkasa pengurusan sukan negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihaknya bercadang menjadikan model pengurusan Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu sebagai rujukan bagi membangunkan sukan negeri berkenaan.

“Sebelum ini, MSN Kelantan berbeza sedikit daripada ne­geri-negeri lain kerana pengurusannya ditadbir kerajaan Pusat, namun ia akan diserahkan kepada kerajaan negeri mulai awal Januari tahun depan berikutan perubahan polisi Kementerian Belia dan Sukan.

“Sehubungan itu, kami mahu mempelajari model pengurusan dan pentadbiran sukan daripada jiran kami, Terengganu yang cemerlang dalam bidang sukan sehingga peringkat antarabangsa,” katanya selepas mengadakan lawatan muhibah ke MSN Terengganu di Gong Badak, Kuala Nerus semalam.

Kehadiran rombongan dike­tuai Wan Roslan disambut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dan timbalannnya, Hishamuddin Abdul Karim serta Pengarah MSN negeri, Ibni Amin Busu.

Wan Roslan berkata, MSN Kelantan juga mahu mengambil teladan daripada Terengganu dalam usaha melahirkan seberapa ramai atlet sukan yang bakal mengharumkan nama negeri dan negara.

No comments:

Post a Comment