Translate

Friday, October 23, 2026

Dahulu kedai terbakar, kini dilanda ribut

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

MARANG – Seorang pengusaha kedai runcit bagaikan jatuh di timpa tangga apabila sebahagian struktur premis perniagaannya yang baru siap dibina semula selepas musnah terbakar lebih sebulan lalu kini rosak pula akibat dilanda ribut kelmarin. 

Baharuddin Ismail, 65, berkata, sebelum ini kedai runcitnya hangus terbakar disebabkan litar pintas yang melibatkan kerugian hampir RM70,000 pada 19 Sep tember lalu.

 “Saya kemudian cuba bangkit semula dengan membina kem bali kedai runcit yang terbakar di tapak asal dengan kos se takat ini sudah menelan belanja RM15,000. 

“Tanpa disangka, lima hari selepas bumbung kedai saya dipasang pada Khamis lalu, ia kembali rosak selepas diterbangkan ribut semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Undang di sini semalam. 

Baharuddin berkata, sewaktu ribut melanda, dia sedang menikmati makan tengah hari bersama anak perempuan bongsunya berusia 26 tahun di rumah yang terletak bersebelahan kedai runcit miliknya.

 Menurutnya, ribut yang membawa angin kencang itu berlang sung dalam tempoh kira-kira 10 minit.

 Kejadian ribut yang berlaku pada pukul 2.40 petang itu tu rut merosakkan lebih 25 buah premis meliputi kediaman dan rumah kedai milik penduduk Kampung Undang. 

Baharuddin mengakui ujian dua kali yang berturut-turut itu pada masa terdekat amat berat untuk dia sekeluarga, apatah lagi perniagaan kedai runcit yang diusahakannya sejak lebih tujuh tahun lalu itu adalah sumber pendapatan utama keluarga. 

“Saya sekarang buntu mencari modal tambahan untuk mem perbetulkan semua kerosakan bagi membolehkan kedai runcit saya beroperasi semula secepat mungkin. 

 “Apa pun saya kena reda ke rana semua yang berlaku ada hikmahnya tersendiri,” katanya

No comments:

Post a Comment