Translate

Sunday, November 4, 2018

10,000 pegawai bersekutu diseru bantu APM pada musim banjir

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Seramai kira-kira 10,000 pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta di seluruh negara di seru tampil membantu agensi itu melakukan operasi pada musim banjir yang dijangka melanda tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Datuk Roslan Wahab berkata, bantuan daripada pegawai bersekutu agensi tersebut terdiri daripada kakitangan awam dan swasta termasuk institusi pengajian tinggi awam itu mampu melicinkan operasi terutama di bilik gerakan dan pusat pemindahan sementara banjir di lokasi terlibat.

"Kakitangan tetap APM cuma 576 orang dan dibantu sukarelawan sepenuh masa. Sekiranya berlakunya bencana banjir, kita cuma berkeupayaan untuk mengumpulkan kira-kira 6,000 anggota di seluruh negara dalam tempoh empat jam.

"Sehubungan itu kita seru pegawai bersekutu APM yang seramai kira-kira 10,000 orang agar tampil mendaftarkan diri membantu kami melakukan operasi musim banjir terutama pada hujung minggu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pentauliahan Pegawai Kor-Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-Sispa) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak di sini hari ini.


Seramai 30 Pegawai Kor-Sispa terdiri daripada pelajar UniSZA dan Universiti Malaysia Terengganu menerima tauliah terbabit dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah APM Terengganu, Che Adam A. Rahman. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment