Translate

Wednesday, November 21, 2018

Ibu sebak terima skrol diploma anak bongsu meninggal dunia akibat kemalangan

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Seorang ibu tidak mampu melangkah naik ke atas pentas untuk menerima skrol diploma anak bongsunya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Sidang Keenam Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke- 10 di sini hari ini.

Maznah Budin, 62, yang tergamam di tempat duduknya  tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata lalu mewakilkan anak perempuannya, Suriati Rosli, 35,  untuk menerima skrol Diploma Pengajian Bank secara anumerta bagi pihak Hanis Danial Rosli daripada Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.

Beliau memberitahu masih terkenang dengan Hanis Danial, 20, yang meninggal dunia selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Semarak, Kuala Nerus pada 1 Mac lalu.

"Sewaktu kejadian Allahyarham (Hanis Danial) yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik berada pada tahun akhir pengajian.


"Memang hajat saya sekeluarga dari awal untuk menghadiri majlis konvokesyen Allahyarham yang merupakan terakhir bagi keluarga. Hari ini (semalam) kami datang dari Kuala Nerang, Kedah untuk tunaikan janji itu walaupun beliau sudah tiada lagi," katanya yang ditemani Suriati ketika ditemui Kosmo! Online selepas majlis konvokesyen tersebut di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment