Translate

Monday, November 12, 2018

Mayat suspek kes pecah rumah terjatuh Sungai Paka ditemui

DUNGUN - Mayat lelaki yang disyaki suspek kes pecah rumah yang terjatuh bersama seorang anggota polis yang mengejarnya di Sungai Paka berhampiran Kampung Durian Mentangau dekat sini Jumaat lalu berjaya ditemui pada hari keempat pencarian hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat lelaki yang dikenali sebagai Zul Ayam, 39, itu dijumpai tersangkut pada timbunan ranting-ranting kayu di Sungai Paka dekat sini pada pukul 11.30 pagi.

"Mayat lelaki tersebut dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada kedudukan kira-kira 300 meter dari lokasi dia dan Konstabel Wan Mohd. Arif Wan Yahya dipercayai terjatuh pada kejadian Jumaat lalu.

"Pengecaman awal termasuk menerusi pakaian meyakini mayat lelaki itu merupakan suspek berkenaan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, gerakan untuk mencari seorang lagi mangsa iaitu Wan Mohd. Arif yang masih belum ditemui telah dipergiatkan.

Kosmo! Online semalam melaporkan Wan Mohd. Arif dikhuatiri lemas bersama seorang penjenayah yang cuba ditangkap apabila kedua-duanya terjatuh ke dalam Sungai Paka. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment