Translate

Monday, November 12, 2018

UMT perkenal tiga program baharu

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memperkenalkan tiga program baharu seiring de­ngan keperluan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) bermula pada sesi pengambilan 2019/2020.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Nor Aieni Mokhtar berkata, tiga program baharu tersebut ialah Sarjana Sains Forensik Alam Sekitar, Sarjana Muda Geosains Marin dan Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih).

“Kesemua program baharu terbabit merupakan pertama diperkenalkan oleh institusi pengajian tinggi negara ini dan seiring dengan kehendak IR 4.0. Tempoh pengajian program sarjana adalah setahun manakala sarja muda pula antara tujuh hingga 12 semester.

“Mod pengajian kesemua program tersebut mempunyai penglibatan industri,” katanya selepas menghadiri majlis Konvokesyen UMT ke-16 di Dewan Sultan Mizan di sini semalam.

Seramai 2,970 graduan pe­ringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah menerima skrol masing-ma­sing dalam majlis konvokesyen tersebut yang dirasmikan Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.

No comments:

Post a Comment