Translate

Friday, November 30, 2018

APMM tahan dua nelayan Vietnam tangkap ikan tanpa permit

KUALA TERENGGANU - Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki mengupah awak-awak warga Vietnam tanpa permit di perairan Kuala Terengganu dekat sini kelmarin.

Bot nelayan laut dalam jenis C2 itu ditahan Kapal Maritim (KM) Bagahak pada kedudukan 37.2 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu kira-kira pukul 8.30 pagi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata,  bot nelayan yang mencurigakan terbabit telah ditahan KM Bagahak yang sedang melakukan rondaan di sekitar lokasi kejadian.

"Pemeriksaan mendapati dua nelayan warga Vietnam berusia 25 dan 33 tahun yang menjadi awak-awak bot terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah. Permit kebenaran menangkap ikan oleh Jabatan Perikanan yang dimiliki bot nelayan tempatan itu juga meragukan," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Muhammad Suffi berkata, pasukan penguat kuasa APMM telah bertindak menyita bot dan minyak diesel dimiliki yang dianggarkan bernilai RM1 juta sebelum menundanya ke Jeti Pejabat Maritim Daerah Kuala Terengganu di sini.

Menurut beliau, dua nelayan warga Vietnam itu ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963.

No comments:

Post a Comment