Translate

Thursday, November 22, 2018

Lelaki dituduh mencuri direman kerana ugut pukul keluarga

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki ditahan reman selama empat hari sehingga lusa bagi membantu siasatan melakukan ugutan mahu memukul ahli keluarganya dengan sebatang tukul gara-gara berang dituduh mencuri di rumah mereka di Kampung Beladau Kepong di sini pada Jumaat lalu.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab. Latiff membenarkan permohonan reman itu di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Satu sumber memberi­tahu, suspek yang ber­usia 37 tahun itu didakwa bertindak demikian selepas tidak berpuas hati selepas dia dituduh mencuri tabung milik salah seorang adik lelakinya.

Jelas sumber itu, sebelum kejadian pada pukul 9 malam itu, suspek dan adik lelakinya yang berusia 35 tahun telah bertengkar berhubung kehila­ngan tabung dikatakan me­ngandungi wang tunai kira-kira RM500.

“Adik suspek mendakwa ternampak perbuatan suspek menyerahkan satu tabung yang menyerupai miliknya kepada seorang individu tidak dikenali di pekarangan rumah mereka.

“Dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena telah memeriksa bilik tidur dan mendapati tabungnya yang dikatakan mengan­dungi wang tunai RM500 itu telah hilang sebelum bertindak bersemuka de­ngan abangnya,” kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

Sumber itu membe­ritahu, suspek yang berang dituduh mencuri te­lah bertindak mengambil sebatang tukul sebelum membuat ugutan mahu memukul semua ahli keluarganya yang berada di dalam rumah tersebut termasuk adik lelakinya itu.

Kata sumber itu lagi,  salah seorang adik perempuan suspek yang turut berada di rumah itu semasa kejadian kemudian membuat laporan berhubung ugutan tersebut di Balai Polis Chabang Tiga di sini kelmarin.

“Aduan itu membawa kepada penahanan suspek yang bekerja sendiri pada pukul 3 petang semalam (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment