MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki mengupah awak-awak warga Vietnam tanpa permit di perairan Kuala Terengganu dekat sini semalam.
Bot nelayan laut dalam jenis C2 itu ditahan Kapal Maritim (KM) Bagahak pada kedudukan 37.2 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bot nelayan yang mencurigakan terbabit telah ditahan KM Bagahak yang sedang melakukan rondaan di sekitar lokasi kejadian.
"Pemeriksaan mendapati dua nelayan warga Vietnam berusia 25 dan 33 tahun yang menjadi awak-awak bot terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah.
"Permit kebenaran menangkap ikan oleh Jabatan Perikanan yang dimiliki bot nelayan tempatan itu juga meragukan," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment