Translate

Monday, November 26, 2018

PIBG disaran kendalikan sambutan Hari Guru

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) me­nyarankan sambutan Hari Guru peringkat sekolah di negeri ini dikendalikan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mulai tahun depan.

Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, Sektor Pengurusan Akademik JPNT, Wan Zuraidi Wan Zaid berkata, pendekatan itu bertujuan memberi le­bih makna terhadap penganjuran sambutan Hari Guru yang sebelum ini diuruskan sepenuhnya dalam kala­ngan cikgu sendiri.

“Sebelum ini, sambutan Hari Guru biasanya di­uruskan sepenuhnya cikgu-cikgu. Merekalah yang memikirkan atur cara se­minggu sebelum program.

“Oleh itu, mulai tahun depan, JPNT saran penganjuran sambutan Hari Guru diambil alih PIBG dengan kerjasama murid agar lebih bermakna,” katanya ketika merasmikan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Padang Midin di sini semalam.

No comments:

Post a Comment