Translate

Monday, February 6, 2017

TLHT tewaskan Blue Warriors 3-0

KUALA TERENGGANU - Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) membuktikan status sebagai pasukan pilihan dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2017 selepas mudah menundukkan Blue Warriors 3-0 di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.
TLHT yang dibarisi 10 pemain kebangsaan mendahului seawal minit ke-8 menerusi pukulan sudut penalti yang mudah disudahkan oleh Nuraini Abdul Rashid.
Blue Warriors bolos buat kali kedua menerusi gol padang Fazillah Sylvester Silin pada m-23.
Blue Warriors yang merupakan naib juara musim lalu terbukti bukan saingan buat TLHT selepas gawang mereka yang dikawal penjaga gol kebangsaan, Mas Huzaimah Md. Azizi bocor lagi pada m-25. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment