Translate

Friday, February 3, 2017

THT benam TNB 6-1

KUALA TERENGGANU - PASUKAN Hoki Terengganu mengukuhkan kedudukan di persada liga selepas menumbangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 6-1 di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.
Penyerang berpengalaman, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil muncul wira selepas meledak hatrik berturut-turut pada m-17, 29 dan 36.
Pakar pukulan sudut penalti Korea Selatan, Jang Jonghyun pula menjaringkan dua gol pada m-3 dan m-48.
Muhamad Amirul Mirza Rozi pula melengkapkan pesta THT dengan menjaringkan gol keenam juara bertahan itu pada minit terakhir perlawanan.
Muhamad Ramadan kemudiannya menebus kesilapannya dengan menjaring gol saguhati TNB menerusi jaringan padang pada m-23.
Begitu pun, kemenangan bergaya itu perlu dibayar harga yang mahal oleh THT selepas perlu kehilangan ayam tambatan mereka, Faizal yang mengalami kecederaan ligamen paha kaki kanan yang serius pada m-30. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment