Translate

Tuesday, February 7, 2017

PTPTN sasar 100,000 akaun baru SSPN-i Plus

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasar 100,000 akaun baru Skim Simpanan Pendidikan Nasional Plus (SSPN-i Plus) melibatkan deposit kira-kira RM550 juta pada tahun ini.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, setakat ini, SSPN-i Plus mempunyai 52,615 akaun dengan jumlah deposit terkumpul RM15.8 juta sejak skim itu dilancarkan pada 8 Jun 2016.

"Kita mahu menerapkan budaya menyimpan untuk pendidikan masa depan terhadap masyarakat negara ini.

"Jika orang menyimpan dalam Tabung Haji untuk mengerjakan ibadah haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk simpanan hari tua, SSPN -i pula untuk pendidikan," katanya di Paya Bunga Square di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan manfaat perlindungan takaful SSPN-i Plus dan SSPN-i sebanyak RM519,345.51 kepada waris Nasir Ali, 55, yang meninggal dunia pada 22 Ogos tahun lalu.

Sebelum meninggal dunia, Nasir telah membuka akaun SSPN-i Plus di bawah pakej Berlian untuk anak bongsunya, Muhammad Suhail, 17 pada Jun 2015. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment