Oleh MOHD. AZLI ADLAN
T-TEAM bakal bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan menentang Pahang malam ini dengan misi untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata.
Pengendali T-Team, Rahmad Darmawan berkata, beliau menyedari skuad Pahang merupakan pasukan yang mantap dan dibarisi pemain-pemain berkaliber pada musim ini.
Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, skuad Pahang yang turut dikenali sebagai Tok Gajah telah berubah wajah pada musim ini dengan membariskan ramai pemain-pemain tempatan dan import yang berkualiti.
“Mereka mempunyai enam pemain import sedangkan pasu- kan lain termasuk T-Team cuma mampu memiliki empat sahaja.
“Oleh itu, T-Team cuma menyasarkan satu mata pada perla- wanan malam esok (ini) namun jika kita mampu pulang dengan tiga mata (menang), itu satu bo- nus,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.
Rahmad berkata, beliau juga mengharapkan gandingan dua import baru, Mamadou Samassa dan Farhod Tadjiyev bakal menunjukkan keserasian bersama
untuk menggempur kubu skuad Tok Gajah pada perlawanan tersebut.
Menurut jurulatih berpengala- man dari Indonesia tersebut,sedikit masa lagi diperlukan oleh kedua-dua penyerang import itu mendapat keserasian bersama pasukan sekali gus mempamer- kan potensi masing-masing.
Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, skuad T-Team yang lebih dikenali sebagai The Titans bakal turun menen- tang Pahang tanpa kelibat pemain tengah, Nor Hakim Hassan dan Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris yang bermain sebagai pertahanan.
“Nor Hakim akan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini manakala Wan Ahmad Amirzafran tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan.
“Begitupun saya telah mencuba beberapa pemain lain dan formasi bersesuaian untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan mereka pada perlawanan
malam esok (ini),” katanya.
No comments:
Post a Comment