DUNGUN – Walaupun telah beroperasi sembilan tahun, Muzium Dungun di Jalan Yahya Ahmad, Kuala Dungun di sini berada dalam keadaan terbiar seolah-olah tidak terjaga.
Seorang pengunjung, Shamsiah Abdul Ghani, 33, mendakwa, beliau terkejut melihat keadaan tersebut sewaktu melawat ke sana baru-baru ini.
Katanya, tiada seorang pun kakitangan muzium bertugas di kaunter penyambut tetamu walaupun ketika itu baru pukul 10 pagi.
“Lantai dewan pameran di tingkat bawah pula dibiarkan dilimpahi dengan air hujan dipercayai dari bumbung premis yang bocor.
“Dewan pameran di tingkat atas pula berdebu dan berbau hapak seperti sudah lama tidak dibersihkan,” dakwanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Seorang lagi pengunjung, Mazlan Salleh, 41, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku khususnya pada Tahun Melawat Terengganu 2017.
“Sayang dibiarkan begitu sahaja kerana pameran yang terdapat di muzium ini sangat bermaklumat,” katanya.
Muzium Dungun yang dibuka pada 19 Ogos 2008 di bawah pengurusan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
Premis dua tingkat tersebut merupakan bangunan kolonial berusia 76 tahun yang pernah menjadi kediaman rasmi pegawai British.
No comments:
Post a Comment