Translate

Thursday, February 2, 2017

TLHT belasah Kulim 6-0

PASUKAN Hoki Wanita Terengganu (TLHT) memulakan aksi sulung dengan langkah kanan apabila membelasah Kulim 6-0 pada perlawanan pertama Liga Hoki Wanita Malaysia di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.
TLHT yang menurunkan 10 pemain wanita kebangsaan memulakan pesta gol mereka dengan jaringan padang Nurain Fatihah Salleh pada minit ke-9.
Berselang lima minit, Hanis Nadiah Onn menambah gol kedua pasukan itu juga menerusi gol padang pada m-16.
Nuraini Abdul Ghani menambah luka Kulim menjaringkan dua gol untuk TLHT masing-masing menerusi pukulan sudut penalti pada m-22 dan jaringan padang pada m-52.
Siti Rahmah Othmanmeledak gol keempat pasukannya menerusi jaringan padang pada m-27.
Seminit kemudian, anak buah Mohd. Asari Abd. Aziz memperolehi gol kelima hasil pukul sudut penalti yang disudahkan Nor Syafiqa Md. Zain. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment