Translate

Thursday, October 7, 2021

Percutian malang enam individu

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kedegilan enam individu dari luar Terengganu yang sanggup merentas negeri untuk berlibur di Pulau Redang dekat sini mema kan diri selepas mereka dikom paun dalam operasi di pulau pe ranginan itu baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan polis, Jabatan Kesihatan Dae rah Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di pulau berkenaan selama dua hari berakhir kelmarin.

"Lima lelaki dan seorang wanita itu diperiksa dalam operasi pelaksanaan fasa 3 Pelan Pemuli han Negara (PPN).

"Pemeriksaan mendapati mereka yang berasal dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka merentas negeri un- tuk bercuti ke Pulau Redang tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Rohaimi memberitahu, kesemua individu terbabit dikom paun RM5,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetap kan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tegas beliau, walaupun sektor pelancongan termasuk pulau pulau peranginan di Terengganusudah mula dibuka secara berperingkat sejak awal bulan ini0 namun ia terhad kepada pen duduk negeri Pantai Timur itu. yang telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

"Pergerakan merentas negeri dari luar Terengganu untuk tu juan pelancongan masih belum dibenarkan.

"Kita juga memberi amaran keras kepada pengusaha resort yang mengambil ringan dengan membenarkan mana-mana individu luar atau masih belum lengkap vaksinasi untuk menginap." katanya.

Tambah Rohaimi, penguatkuasaan akan operasi terus dipergiatkan di semua lokasi tarikan pelancongan utama di Terengganu bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment